Nasi Kuning Ayam Berempah, Puding Caramel, Samosa Mahal Giler, Teh Bunga Kekwa & Lai Chee Kang @ Pasar Ramadhan, Taman Melawati

hehe ni la juadah masa 1st day puasa hari tuh

since hari isnin minggu lepas cuti, so aku ngan adik aku pergi param la apa lagi

tengok la gambar kat bawah neh

hehe banyak giler kan nasi ayam berempah. memang ayam panas2 tuh. hehe

param = pasar ramadhan ok. hehe

kat melawati neh memang famous giler param dia

macam2 ada dowh. memang high class la kat sini kan.

sebut je nak apa. semua ada beb! memang menjamu mata sakan lah ! haha

cakap banyak tak guna korang tengok je lah gambar2 makanan yang aku beli

gambar gerai2 yang lain malas la aku nak amik. lain kali lah ok ! hehe

nampak simple je menu kan. ni pun dah kenyang giler neh. haha

kat bawah neh nasi ayam berempah yang dah dok dalam pinggan

memang sedap ayam goreng dia. sebab panas2 lagi kot

nasi pun lembut adjer. memang lengkap la. hehe

bawah neh favourite aku setiap kali datang kat param melawati

satu gerai yang penuh dengan puding karamel sahaja

memang kewl. sedap giler banget sehhh. siap letak dalam freezer kejap

makan sejuk2 la sedap sket kan. memang best giler ah.

bawah neh samosa daging ayam. rasanyalah kot. haha

samosa tahun neh mcm dah mahal la. rm3 untuk 5 ketul. satu ketul 60 sen dowh

hehe mahal la kan. tapi takpe janji sedap okeylah. kalau tak sedap maunyer angin aku kan

kat bawah neh pun minuman yang aku selalu beli setiap kali ramadhan kat sini

teh bunga kekwa warna kuning yang memang ada bunga kekwa kat dalam dia. memang best beb

memang cukup kuning dia. cukup rasa dia. takdelah manis sangat. sebab dah letak ais kot

tapi memang recommended la kan. hehe

kurma memang wajib ada la kan setiap kali ramadhan

cam tahun lepas, tahun ni aku nak makan kurma tunisia yang siap bertangkai

memang lembut giler ah. sedap je gigit kurma tunisia neh tau. hehe

korang pernah cuba ke ek ?

bawah neh plak lai chee kang. yang penung dengan agar2 warna biru ngan merah

apa kes lai chee kang letak mende tuh kan. letak la banyak mata kuching ke

eh kalau banyak mata kuching, jadi plak air mata kuching kan. haha

apa2 pun aku memang puas hati lah dengan 1st day puasa kat melawati neh

memang best siot kalau pergi param melawati

seb baik la aku takde dslr. kalau tak maunyer aku amik gambar setiap gerai yang ada kan.

haha memang cool. jemputlah ke param melawati kalau sempat !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One response to “Nasi Kuning Ayam Berempah, Puding Caramel, Samosa Mahal Giler, Teh Bunga Kekwa & Lai Chee Kang @ Pasar Ramadhan, Taman Melawati

  1. Pingback: KNizam Artwerk » Blog Archive » Nasi Kuning Ayam Berempah, Puding Caramel, Samosa Mahal Giler, Teh Bunga Kekwa & Lai Chee Kang @ Pasar Ramadhan, Taman Melawati

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.