caramel pudding @ bazaar ramadhan taman melawati

kalau siapa2 jalan kat bazaar ramadhan kat taman melawati, mesti perasan yang ada satu gerai ni memang specialise buat caramel pudding. memang sedap giler pudding dia. gula hangus dia memang kaw2 siot. memang melt in the mouth la omputeh kata. kalau letak dalam peti ais then makan, lagi la sedap. so sapa2 nak merasa caramel pudding yang paling best in town bolehlah ke bazaar ramadhan taman melawati. hehehehhe

ni la jugak juadah berbuka masa 4 ramadhan 1428 hari tu.

memang sempoi je. heheheh x sempoi ke eh?




nasi ambang dalam kenangan?

korang pernah dengar perkataan nasi ambang atau nasi ambeng?

kalau kat johor memang fames giler nasi ambang neh. asalnya daripada jawa, kalau tak silap aku la kan. nasi ambang ni kalau kat johor boleh dimakan di dalam dulang semasa berbuka di masjid/surau. satu dulang dalam 4 orang makan. makanan ni kering je. ada nasi, tempe goreng, ayam goreng, sayur kacang, ikan bilis, ikan masin etc. semua bahan2 dia di masak kering dan kurang berkuah supaya senang nak bawa balik dan senang kalau makan dalam kapasiti 4 orang.

juadah berbuka 1 ramadhan 1428h

x sempat la plak nak uplad gambar juadah berbuka hari tu kan. ni ha gambar2 dia. more will come la kan. hahahahaha. simple je kali neh. malas nak beli banyak2 sebab sure la akan membazir. syaitan pun dah kena kurung kan.

so kalau membazir tuh, korang la syaitan nyer. hahahahaha.

i tell u lar kan. kalau singgah kat bazaar ramadhan kat malaysia neh, boleh buat satu entry khas pasal jalan2 carik makan.

aku rasa kalau ada journalist dan tukhang amik gambar yang bagus, sure boleh buat buku & sejarah pasal bazaar/pasar ramadhan kat malaysia neh.

pasar ramadhan taman melawati

ni gambar2 masa aku pergi ke pasar ramadhan kat taman melawati pada 1 ramadhan 1428.

memang sesak giler beb!

x leh nak rileks sambil membeli juadah pun. dah la aku sampai dalam kul 6.20pm, still peak hours lagi masa tuh. heheheheeh.

sempat gak la aku snap a few pics. tapi kureng la pics kali neh. hampeh lar. hehehehe

korang sure x pernah nampak roti jala kaler hijo kan? hehehehe

ni kedai yang jual caramel pudding yg best giler. banyak siot caramel pudding yg dijual kat sini. memang kaw2 la caramel pudding dia kan. sure datang lagi nyer lah. hahahahaah

kurma bertangkai dari tunisia

sungguh nikmat bila dapat berbuka dengan kurma dari tunisia yang masih ada tangkai kali neh. memang seronok kan. hehehehehe 🙂 biasanya makan kurma jenis rotab (yang lembut tuh), kali neh nak cuba yg keras sket. so jumpa la ngan kurma tunisia yang masih ada tangkai neh. memang puas la. heheheeh