Cendol Special at Little Penang Cafe, KLCC

cendol kat little penang klcc neh memang antara yang paling best
santan dia cukup. kacang merah sedap. semua best lah ! haha

Cendol Special Little Penang Cafe

Melantak Durian Musang kat Carrefour Wangsa Maju, KL ! Hehe :)

hari tuh aku ngan adik aku jalan2 kat wangsa maju

sekali bila dah masuk carrefour tuh wajib lah membeli-belah kan

takkan nak biar trolly cik kiah sebelah je penuh.

troli aku pun kenalah penuh gak kan. tak thrill la bawak bakul. haha

amik2 punya amik sekali masa rounding kat area makanan segar aka buah2an, aku ternampak something la

eh ada durian la! what more durian musang la plak nama dia

apsal musang plak neh kan. haha biasanya durian d24

neh nama dia durian musang. haha aku pun tak kempunan nak makan durian neh

Siapa Dah Cuba KFC Nasi Lemak Wrap Combo Ni Eh ?

siapa pernah cuba eh ?

apa kes pegi gulung nasi lemak antarabangsa dalam tuh eh

sedap ke ?

cam pelik plak gulung2 camtuh

baik makan dalam pinggan adjer kan. haha

tetiba rindu plak nak makan nasi lemak tang ling kat tasik perdana. hehe

tapi kena pergi pagi2 lah plak. haha :up:

Ayam Goreng Rangup Cecah Kicap Pedas, Ikan Jaket Sumbat Sambal & Kangkung Belacan @ Kosyabu Akla Restaurant & Furniture, Mutiara Homes, Mutiara Damansara

korang pernah dengar pasal kosyabu akla kat mutiara homes ?

hah! aku pun dulu tak tahu pun. sekali adik aku la yang perkenalkan. hehe

kedai dia dekat je ngan mutiara damansara. in fact dalam area mutiara damansara pun.

ala yang nak pergi the curve, ikea ngan ikano power centre tuh lah

memang cool dan best tempat neh

tempat neh sebenarnya jual2 perabot kayu jati

tapi owner dia ada jugak bukak meja2 kat depan kedai and then jual makanan sekali

kat sini makanan dia simple je. takde fancy sangat

Nasi Ganja RM2.00 Sahaja kat Kangar, Perlis ! Hehe :)

hah ! korang pernah dengar ke nasi ganja ?

nasi dia kaler kuning sket. pastu makan dengan ayam goreng

letak sket kuah kari. perghhhh best giler lah !

harga murah giler beb ! dalam rm2 je sebungkus.

dengar cerita nasi ganja neh dulu untuk pekerja2 kilang

diaorang tak cukup masa so nak nasi di bungkus dengan cepat

lauk mestilah simple adjer. dan paling penting murah

aku tengok memang sedap la. ramai gak la orang datang beli kat kedai neh