perghhhh ntah kenapa tadi masa balik kerja dalam kul 1830hrs (local time islamabad) aku rasa mcm nak makan nasi lemak la plak. hehe 🙂
kat sini mana la nak cari nasi lemak kan.
so apa lagi kenalah buat sendiri nasi lemak tuh kan
seb baik ada lagi telur ayam kat dalam freezer. cili boh yg aku buat sendiri pun banyak lagi
so apa lagi kan, dengan tak sempat slain baju kerja, aku terus memasak kat dapur tgh winter neh. hehe 🙂
tu dia gambar lepas dah siap. biasanya aku amik gambar masa memasak. tapi kali neh x sempat la
sebab lapar sangat kan. sampai je rumah terus toskan beras basmati (jenama guard), pastu amik santan serbuk, tumbuk halia sket pastu masukkan dalam rice cooker.
masa mula2 letak santan tuh berketul2. hampeh aku terlupa nak letak air suam la.
haha puas la aku nak mengacau santan ngan beras basmathi tuh kan.
kat sini x de daun pandan ngan serai. dem lupa la nak amik kat rumah k ani. hehe
nantilah kalau sempat nak amik daun pandan ngan serai, nak tanam sendiri
senang la kalau nak masak nasi lemak lagi kan. hehe 🙂
kat atas tuh la rupa nasinya. walaupun x de daun pandan dengan serai, namun cukop lemak siot
memang harum giler ah. hehe masa aku bukak je rice cooker tuh, perasan bau wangi steam dia
perghhhhhh mcm x percaya aku mampu masak nasi lemak dalam rice cooker. hehe
lepas neh nak cuba masak nasi lemak kukus la plak.
sambal ikan bilis goreng rangup ni la paling susah nak masak
haha nak dijadikan cerita aku beli ikan bilis yang belum dikopek, so kena la habiskan masa mengopek ikan bilis dalam 15 minit gitu
sambil2 menonton rancangan travel channel kat channel 36 nayatel kan. hehe 🙂
masa tengah mengopek ikan bilis bolehlah sekali rebus telur kat dapur.
kena pakai air mineral siot merebus telur neh ok
takpe air rebusan tuh nanti x nak buang, boleh lah nak buat apa2 ke kan. air bersih tuh beb!
so kopek ikan bilis and then goreng sampai garing
toskan bawah tissue pastu ready lah nak tumis sambal
aku kopek sebijik bawang besar ngan 5 bijik bawang putih adjer
sini susah la nak carik bawang kecik ok. mmg x de pun. bukan season dia agaknya kan. hehe 🙂
aku hengatkan nak tumbuk sendiri semua ingredient bawang2 neh
sekali mcm hampeh, terkeluar sana terkeluar sini
last2 aku pakai blender gak la. letak air sket blender habis. senang habis cerita kan. hehe 🙂
ni la rupa dia telur rebus setelah direbus dengan kaler kuning mengancam jiwa siot
rasa mcm nak meratah telur dengan kicap tamin je kan. hehe 🙂
telur neh saja je aku masak lebih sket sebab nak melantak nasi lemak sekali masa bfast esok
boleh panaskan dalam microwave je kan. esok pagi terus ngapppp perghhhh heaven!
baru aku perasa aku ada timun jepun dalam peti ais
apa lagi kalau nasi lemak takde timun umpama pantai tak berpasir la kan. haha
memang rangup siot timun jepun yang menghijau neh
seb baik rangup lagi, kalau timun kat malaysia dah lembik kot kalau dibiarkan seminggu dalam freezer kan. hehe 🙂
tu dia hasil tangkapan or masakan kita malam neh
memang pemnat la memasak neh sebenarnya. aku tak kisah la nak memasak neh kan
cuma nak mengemas tuh yang malas sket. haha kacau bilau dapur aku tadi
seb baik semuanya dalam keadaan terkawal.
baru aku perasan yang aku terlupa nak goreng kacang ngan tinggalkan sket ikan bilis goreng
haha lantak la. janji aku dapat melantak nasi lemak malam neh kan
aku sendiri x percaya berjaya memasak nasi lemak sambal ikan bilis dengan jayanya. hehe 🙂
korang setakat menjamu mata adjer lah kali neh dowh! haha
Pingback: Nasi Lemak, Sambal Ikan Bilis Rangup, Telur Rebus Kekuningan & Timun, Islamabad Style! — KNizam Artwerk