Category Archives: masak sendiri

Udang Masak Sambal Tomato | Islamabad, Pakistan

Ingatkan susah sangat la nak masak udang masak sambal tomato ni. Rupanya takdelah susah mana kan. Main campak-campak je kali ni. Since dah ada tomyam, so ingat nak goreng udang. Sekali tengok ada plak cili boh dalam peti ais. Couple plak dengan sos cili Maggi dengan sos tomato Maggi, memang ideal la nak masak Udang Masak Sambal Tomato ni.

Cara-Cara Nak Buat Cili Boh atau Sambal Goreng (Pedas) Untuk Disimpan Lama Di Dalam Peti Sejuk Untuk Kegunaan Menumis Di Masa Hadapan

perghhh lama giler ah aku tak update blog makan-makan malaya ni kan

gua busy giler2 ok. hengat korang je ke yang busy. hehe 🙂

ok lah semenjak aku dok kat perantauan ni kan, aku rasa mcm susah sangat nak beli cili boh

so sekarang aku nak tunjukkan korang cara2 nak buat cili boh or sambal goreng

ini untuk mass produce dan disimpan lama di dalam freezer utk kegunaan menumis di masa hadapan

cara dia memang senang la sangat. just perlu adakan bahan utamanya iaitu cili kering sahaja

Ayam Goreng Kicap Kulit Kayu Manis & Ketam Karachi Goreng Cili Yang Pedas

semenjak aku ada cook, memanjang makan masakan western adjer kan

ye lah manalah cook aku neh tahu masak2 masakan malaysia

masa aku amik dia mula2 dulu pun dia dah bagitau dia tahu masak masakan western adjer

kalau pakistani food pun dia mahir gak masak. cuma aku belum suruh dia masak pakistani food lagi la kan

weekend neh sementara aku ada masa nak ajar dia sket cara2 nak masak masakan malaysia kan

manalah tahu nanti dia boleh masak, aku gak yang senang. hhehe 🙂

Ikan Trout Northern Pakistan Masak Asam (Singgang/Pindang Sket2) Dengan Lobak & Sawi

tu dia setelah berminggu aku tak masak

tetiba mood nak masak kembali la. hehe terus la pergi ke rana market seafood centre

sekali nampak ikan trout, tak pernah aku nampak lagi ikan trout neh ok

neh ada chance kena beli neh. surelah baru sampai neh kan. hehe 🙂

nak masak apa eh ?

haha fikir punya fikir settle ngan masak asam pindang/singgang sket2 je la

main campak2 je beb. dah la asam keping ngan kunyit hidup takde kat islamabad kan

so aku guna serbuk kunyit sket2 adjer. yg lain2 tuh ramuan biasa2 la ok

Nasi Lemak, Sambal Ikan Bilis Rangup, Telur Rebus Kekuningan & Timun, Islamabad Style!

perghhhh ntah kenapa tadi masa balik kerja dalam kul 1830hrs (local time islamabad) aku rasa mcm nak makan nasi lemak la plak. hehe 🙂

kat sini mana la nak cari nasi lemak kan.

so apa lagi kenalah buat sendiri nasi lemak tuh kan

seb baik ada lagi telur ayam kat dalam freezer. cili boh yg aku buat sendiri pun banyak lagi

so apa lagi kan, dengan tak sempat slain baju kerja, aku terus memasak kat dapur tgh winter neh. hehe 🙂

tu dia gambar lepas dah siap. biasanya aku amik gambar masa memasak. tapi kali neh x sempat la