perghhh lama giler ah aku tak update blog makan-makan malaya ni kan
gua busy giler2 ok. hengat korang je ke yang busy. hehe π
ok lah semenjak aku dok kat perantauan ni kan, aku rasa mcm susah sangat nak beli cili boh
so sekarang aku nak tunjukkan korang cara2 nak buat cili boh or sambal goreng
ini untuk mass produce dan disimpan lama di dalam freezer utk kegunaan menumis di masa hadapan
cara dia memang senang la sangat. just perlu adakan bahan utamanya iaitu cili kering sahaja
mula-mula kita kena jemurkan dulu cili kering ni. aku suruh cook aku je jemur
so nak bagi mati segala kuman2 yang kita tak mahu kan. hehe ko tengok la kaler cili kering tu pun dah putih2 sket
so aku nak bagi mati semua kuman2 kita pun apa lagi kan. jemur ke kat laman korang
jemur dalam 2-3 hari pastu dah ready untuk di masak or rebus
cili kering ni korang siat2 kan dia. or potong je ngan gunting
aku kalau dah jemur tuh kan, lepas tu mmg senang giler ah nak potong
dengan jari pun boleh! so potong kasi pendek2 sebab nanti senang la nak blender
kalau panjang2 karang tersekat la plak blender murah korang tuh kan
kalau mcm aku pakai blender phillips actually tak perlu potong2 ni
tapi nak bagi cukop syarat, aku potong gak la haha
lepas dah potong2 tuh, korang bolehlah ayak kan or tapis kesemua biji2 cili kering tuh
banyak giler ok biji2 cili kering ni. boleh dibuat benih nak tanam cili kering masa summer ni nanti
aku kumpul ada la dekat 2-3 bekas axion besar gua cakap lu
lagi satu, kalao ko rasa nak buat cili boh or sambal goreng tahap cirit ke 8, ko masukkan je semua biji2 cili kering tu
mcm aku nak cirit tahap ke 3 cukop la. haha
so aku tapiskan kesemua biji2 cili kering tuh asingkan, x nak masuk dalam periuk masa nak rebus nanti
ni la dia penapis yang aku gunakan nak tapis cili nak asingkan dengan biji dia
biji cili ni la sebenarnya yang buat cili tuh pedas ok
kalau ko buang kesemua biji2 tuh kuranglah kepedasan cili2 tuh nanti
takde la kurang mana, cuma kurang sket je la kan. hehe π
lepas tu apa lagi, panaskan periuk pastu masukkan air. aku guna air mineral
kat islamabad ni tak boleh pakai air paip. sebab air dia mcm berat. penuh kalsium ke mende haha
so aku guna air mineral. lagi satu cili boh akan lebih tahan lama kalau pakai air yang bersih ok
masaklah dengan api sederhana. masa masak ni make sure bukak pintu dapur
or make sure korang bukan ventilator sebab bukan apa
bau rebusan cili kering ni akan semerbak baunyer kat dapur sampailah satu rumah woooo hehe π
tu dia masa cili kering dah tengah menggelegak dalam periuk.
memang nampak seungguh menggiurkan dengan kaler merah mak ngah tuh kan
bau pun semerbak satu dapur ok. mmg siap boleh terbersin2 aku masa masak ni
hehe tu la yang bestnyer kalau buat sendiri cili boh or sambal goreng ni kan
yeay! mari ki amik gambar close up sket cili kering yang sedang direbus
amacam ada rasa mcm nak makan ke idak. hehe π
masa ni kalau korang bukak penutup periuk cili kering akan tersembul kat atas semua
semuanya nak naik sebab kepanasan la kan. berbuih2 panas lagi ok
oklah bila dah agak2 masak tuh kan. ala korang2 bajet2 sendirilah bila dah nak masak tuh
korang slowkan api and then masak lagi sampai dalam 1/2 jam gitu
just nak make sure cili ni masak sepenuhnya je sebenarnya. pastu tutup api
and then biarkan dia sejuk kejap. nak tahu mcm mana dia dah sejuk ke idak?
ala tu pun aku nak ajar ke eh? hampeh kalau ko pegang periuk tuh x melecur jari jemari lemah gemalai
kira dah sejuk la tuh kan. hehe π
langkah seterusnya adalah nak blend kesemua cili2 kering yang dah direbus tadi
aku biasanya biarkan dia suam2 kuku then terus je lah blend segala benda kan
haha aku lupa nak amik gambar masa tengah blend. sudahnya dah habis blend nak basuh barulah teringat
so korang tatap je lah gambar blender yang dah nak dibasuh ni kan. haha
aku tapis dulu sket2 cili kering and then masukkan air rebusan tuh dalam half blender
ye la kan kalau cili sahaja nanti, x berjalan la plak blender tuh kan. hehe π
ni la dia blender phillips yang aku gunakan. mmg nampak dah comot sebab selalu guna
kalau clean and tidy tuh namanya jarang2 guna or jarang2 ke dapur. haha
banyak berjasa dah blender neh ok. aku belum buat juice mangga je ngan blender ni
tengoklah nanti gua buat ice blended mango plak ngan blender neh hehe
ok bila dah blend segala bagai tuh kan. korang set aside cili boh tadi
biasanya aku simpan je cili boh tuh dalam freezer. tapi kadang2 x tahan lama la cili boh aku ok
so kali ni aku nak masak or goreng terus cili boh tuh
jadilah sambal goreng. lepas ni bolehlah tahan lama sket dalam freezer tuh kan hehe
dengar cerita boleh tahan lama berbulan2 ok dalam freezer nanti
ni la rupa dia kalau korang dah masukkan cili boh dalam minyak yang panas
mmg mula2 akan meletop sampai jatuh ke kaki aku
haha panas giler dowh. titisan cili boh meletop mcm pecah minyak neh jatuh kat tangan ok
korang rata2 sket supaya dia tenggelam sket dalam minyak
x perlu byk sangat minyak sebab nanti kalau nak masak kemudian kita still akan pakai minyak kan
masa dia dah mula pecah minyak ie minyak dah nampak berlubang2 kat atas sambal tu kan
korang kenalah tutup kuali. mmg bising giler bunyinya ok.
mmg rimas aku dengan rasa panas dengan bunyi minyak nyer lagi
pergghhhhhh tapi bau dia best la bila dah masak. ala2 sambal tumis gitu. hehe π
lepas dah bukak penutup korang kacau lagi la sampai cili boh neh masak jadi sambal sket kan
then tutup penutup dia. then kacau. then tutup. then kacau
berkali2 sampai korang puas hati. dan biasanya akan berkerak sket la sambal goreng kita ye puan2
jangan risau sebab tang kerak tuh la paling rangup dan best ok bila dimakan dengan ketam bercili nanti. hehe π
lepas tu korang masukkan dalam bekas lain bila dah masak
kalau nak masukkan dalam bekas nak simpan sejuk dalam peti ais pun boleh wooooo
aku masukkan dalam periuk kosong dulu. biarkan sejuk baru transfer ke tupperware or bekas lain
lepas tuh apa lagi sedia lah untuk disimpan dalam peti sejuk or freezer untuk berbulan2 lamanya
sedia je untuk ditumis dibuat sambal dsb anytime, anywhere. cewahhhhhh speaking london gitu.
ni la rupanya bila dah masuk kat dalam tupperware or bekas simpanan sejuk tuh kan
punya sket je tuh. daripada satu periuk besar cili kering rebus
bila dah blend. dah masak goreng. jadi satu bekas ni je rupanya
dem. penat aku buat ok. tapi takpe hasilnya mmg berbaloi2 ok hehe π
dan ini adalah hasil pertama dengan cili boh or sambal goreng tadi
x sabar2 aku nak terai time2 tuh jugak la kan
hehe pedas giler nasi goreng kali neh sebab aku terlupa nak masukkan air perahan asam jawa
anyway pedas2 pun best apa kan. huahuahua
selamat mencuba! dan selamat beramal! hehe
15 responses to “Cara-Cara Nak Buat Cili Boh atau Sambal Goreng (Pedas) Untuk Disimpan Lama Di Dalam Peti Sejuk Untuk Kegunaan Menumis Di Masa Hadapan”