Food Safari Channel – Pakistan Food

wahhhh lepas aku tengok safari food channel pasal malaysia, terfikir plak mesti lah yang ada version pakistan plak kan. sekali bila search memang betul ada. hehe. semua masakan ni aku dah pernah cuba dah kat sini. kat sini tak berani la nak cuba street food sebab tak berapa bersih. kena makan kat kawasan yang terjamin bersih macam kat restauran ke, hotel ke kan. hehe 🙂

macam biasa masakan pakistan ni memang berlambak-lambak pakai roti. kat sini depa tanam gandum dengan besar-besaran. ada roti naan, roti pharata (breakfast only), roti puri (terbang!) dan macam-macam jenis lagi la. even naan pun ada naan afghan jugak. roti biasanya dimakan dengan chicken karahi (kari ayam pekat), nihari kambing (kari kambing) atau dengan macam-macam jenis kari atau dhal. dhal kat sini besar-besar kacang dia tau.

kalau puri pula dimakan dengan manisan halwa. aku memang takde selera la nak makan manis-manis masa makan pagi. so terpaksa la kadang-kadang tuh kenakan puri dengan nihari atau chicken karahi kan. hehe 🙂

beriyani memang sungguh famous. kat mana-mana akan ada jual nasi briyani ni. kat sini depa makan dengan chicken karahi dan juga kadang-kadang ada salad sekali, chicken tikka atau paye (kari kaki kambing). makan plak dengan yogurt putih (susu kerbau). kat sini juga kena check kedai mana nak makan nasi briyani ni. kalau salah kedai alamatnya akan dok dalam toilet la ko lepas tu, sakit perut 48 jam punya, tak tipu beb!

minuman plak depends dengan season buah-buahan kat sini. buah kat sini memang ikut musim. kalau ko dah terlepas musim buah mangga, jangan harap la nak makan or minum jus mangga lepas tu ya. kena tunggu tahun depanlah jawabnya. paling aku suka kat sini ialah just mangga dengan jus delima. perghhhhh memang sedap beb! dah la mangga memang murah kan. hehe 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply