Udang Masak Sambal Tomato | Islamabad, Pakistan

Ingatkan susah sangat la nak masak udang masak sambal tomato ni. Rupanya takdelah susah mana kan. Main campak-campak je kali ni. Since dah ada tomyam, so ingat nak goreng udang. Sekali tengok ada plak cili boh dalam peti ais. Couple plak dengan sos cili Maggi dengan sos tomato Maggi, memang ideal la nak masak Udang Masak Sambal Tomato ni.

Aku takdelah nak goreng dulu udang ni kan. Just bersihkan dulu je. Tumis bawang putih, hirisan bawang besar (kalau ada bawang merah lagi best!), then ada sikit hali tumbuk. Serai lupa plak nak amik kat laman tadi. Serai ni boleh bawak bau wangi woooooo. Pastu terus masukkan cili boh. Masukkan sekali sos tomato dengan sos cili. Kalau ada sos thai pun bolehlah dimasukkan sekali. Masukkan air sket kalau rasa-rasa nak lebih kuah. Masak sampai pekat. Then masukkan udang yang dah bersihkan tadi.

Wallah ! dah siap. Memang sedap ya amat kalau dimakan dengan nasi putih panas. Kat Islamabad ni memang nasi putih dimasak dengan beras basmathi sahaja. Beras lain memang tak main la kan. hehe :) Selamat menjamu selera yo!

4 thoughts on “Udang Masak Sambal Tomato | Islamabad, Pakistan

Leave a Reply