Food Safari Channel – Malaysia

perghhhh macam dah lama plak tak update blog makanmalaya.com ni kan. terasa macam nak update sket la kali ni. tadi tertengok food safari channel kat tv. kali ini nak cuba letak youtube yang size 640 plak kat sini, gambar pun lepas ni besar ni. memang puas la dapat tengok gambar besar dengan video besar lepas ni. hehe 🙂

aku sebenarnya lepas tengok food safari malaysian edition ni terkejut gak camner la dia boleh masak laksa dengan senang je kan. rupanya dia pakai paste. hehe ni yang aku pun rasa nak beli paste laksa macam ni la nanti. tapi aku lagi prefer nak blend sket dengan ikan merah ke, ikan tongkol ke kan. barulah ada lebih perisa ikan dalam flavour laksa nanti.

dalam food safari channel malaysian edition kali ni ada nasi lemak, roti canai, rendang, laksa, sagu gula melaka, charkuetiaw dengan sate. memang best je tengok orang lain masak kat tv kan, nampak macam senang je main campak-campak. cuba aku yang masak, maunyer kena bersilat sket kat daput tuh hehe 🙂

apa-apa pun memang best la bila dapat tengok rancangan yang style masak-masak dan makan-makan macam ni. ni yang rasa nak buat sekali kan. hehe 🙂 korang masak apa plak hari ni? takkan main campak-campak je kot. koman-koman mestilah kari ke. apa ke. hehe 🙂

p/s – sejak bila plak masak rendang daging pakai kicap manis ni eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply