breakfast at nyonya kitchen @ plaza masalam, shah alam

hari tuh masa aku singgah nak bayar lawyer fees ngan stamp duties fees rumah aku kat setia alam, aku sempat la gi breakfast kat plaza masallam shah alam. pergi makan kat satu kedai neh nama dia nyonya kitchen. nama macam gempak je kan. hahahahhah harap nama je lar. huhuhuhuhuhu

masa aku sampai tuh dalam kul 11 pagi. staf dia cakap kedai dah bukak tapi aku nengok cam takde orang je kat dalam nun. then aku ngan adik aku pun masuk la kat dalam. lepas belek2 buku menu tuh kitaorang decide nak order items for breakfast je (walaupun dah kul 11 pagi!) hahahaha. korang nak tahu kenapa? sebabnyer aku tengok kedai neh cam lembap je sjet kan. so baik la aku order roti bakar, telur separuh masak ngan kopi je. kalau order yang heavy2 nanti sure lah akan lambat sampai kan. heheheheheheeheh so kitaorang pun order lah.

hengat sampai cepat. sekali breakfast items pun lembap gak. ni yang aku naik hangen neh kan. hahahahahhaah sekali tuh kita sound la suruh cepat sket kan. heheheheh macam maharaja plak kat situ. kedai nyer deco cun la gak tapi kitaorang pilih nak dok kat luar sebab nak menikmati udara nyaman kat luar. hahahaahahahaha macam la kat cameron highlands je kan. huhuhuhuu. tapi memang kalau setiap kali breakfast memang la sedap dok kat luar kan. macam ala2 menikmati kopi kat kedai kopi hai peng, kemanan je. heheheh amendelah aku melalut ni eh? sudah….back to nyonya kitchen!

sekali bila sampai roti bakar aku dah rasa tak sedap hati. sebabnyer roti bakarnyer memang kecik giler. aper hengatkan kitaorang nak makan biskut kering ke hidang camtuh? hahahhaaha memang bengang la kan. tapi nak wat camner dah terorder. dah tersampai atas meja. so apa lagi. terus termakan dengan lahap je lar kan. hahahahaha memang hampeh la. neh la roti bakar paling kecik aku pernah nampak. macam roti bakar kecut kena dengan arang pun ader gak. nyesal aku ngan adik aku singgah sini. kalau la aku tahu kecik giler roti bakar, maunyer aku pegi kopitiam yang lain. hahahahahahaa tapi nyesal pun dah ak berguna sebab roti telah dihidangkan di atas meja. lapar punya pasal, lahap je lah kan. sambil kutuk2 sambil lahap. huhuhuhuhu

so kawan2 saper nak pegi breakfast ala2 kopitiam. tak yah la singgah sini. pergi la carik kopitiam yang lain. tak pun pegi je ke kedai2 mamak yang berhampiran. hahahaahahahahahaha benci aku! jarang tau aku bagi bad review pada mana kedai makan yang aku singgah. huhuhuhuhu ni la 1st time aku bagi bad review. grrrrrrrrrrr

aku rasa better jangan order breakfast item. korang order je heavy items. mungkin best kot. hahahahahaha luahan perasaan nak menyedapkan hati setelah terkena dengan biscuit kering ala2 roti bakar. hahahahahahaah

lepas makan tuh kejap je rasa lapar balik. terus kitaorang singgah makan laksa plak. so next entry pasal laksa sarawak! heheheh watch this space ya. nantikanlah kemunculannya…….bersambung 🙂

till then korang tatap je lah gambo2 kat bawah neh. hahahahahaah














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply