Ipoh Chicken Hor Fun, Kaya/Butter Toast Double & Cold White Coffee at Oldtown Kopitiam @ Alpha Angle, Wangsa Maju !

haha lepas menyeksa korang dengan entry jalan2 carik makan kat kedai nasi lemak adik, suria klcc, kali neh aku nak tunjuk plak salah satu kopitiam favourite aku kat malaysia neh.

selain daripada hai peng kopitiam kemaman dengan kluang rail coffee lah kan. hehe

amaran : entry ini mengandungi gambar makanan yang sungguh menyelerakan

sila tekan button back jika anda belum breakfast semasa membaca posting ini ! haha

kali neh aku pergi dinner kat oldtown kopitiam kat alpha angle, wangsa maju.

aku memang selalu la makan kat sini. hehe

kalau korang perasan memang lepas aku pegi kopitiam mestilah aku terpergi ke mph plak. hence terbeli buku tuh la. terbeli buku neh la. haha dah jadik habit la plak, lepas melantak kat kopitiam mesti merangkak plak ke mph habiskan duit membeli buku2 ngan majalah. haha

wokey kali neh aku nak makan mee la plak. eh silap. aku nak makan kuetiaw la !

so ada satu menu neh. ala2 kuetiaw soup la kan

nama dia oldtown ipoh chicken hor fun

so ada ala2 kuetiaw dalam sup ayam lah kan

kena plak dengan cili padi kichap. perhhhhhhh words cannot explain la ! haha

sampai licin aku melantak kuetiaw neh

adik aku plak still nak makan nasi lemak dengan ayam goreng

aku suka gak dengan sambal nasi lemak dia kat sini

memang best siot. memang power la sambal dia.

kalau korang tak percaya cubalah sekali. mesti tambah sambal punya lah

cukup pedas. cukup power. cukup2 ! haha

then sementara nak tunggu main dish sampai apa kata kita belasah dulu roti kawen

eh silap kat sini dia panggil oldtown double toast. haha

korang carik je lah menu dia kat bawah neh.

aku perasan oldtown dah ada buku menu yang baru

yang lama tuh cam hampeh je

dah lah susah nak baca kan. haha

yang sekarang neh buku menu dia lagi kemas aku tengok. bravo !

dia toastkan roti tebal tuh. and then letak butter ngan kaya

then letak sket susu lemak manis disukai dr ubie. haha ! sorry doc !

then order plak white coffee sejuk. perghhhhh best dowh !

kalau korang perasan kat white coffee nyer ais tuh ada kaler puteh2 sket kan

camner la dia buat camtuh ek ? pelik gak aku

setiap kali aku minum kat sini memang aku perasan warna puteh tuh

tapi white coffee dia kat sini memang kaw2 lah kan. memang power beb !

rugi wooo tak cuba white coffee kalau datang sini.

lupakanlah kopitiam2 yang lain tuh ! haha

perghhh anak sapa la order roti garlic ni weiiiii ! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.