ramadhan steamboat buffet @ restoran nelayan titiwangsa

tadi sempat aku ngan adik aku berbuka kat restoran nelayan titwangsa. the decision to berbuka kat sana memang last minute giler. biasalah mana ada yg tak last minute kan. dapat je nombor phone, terus call and then book terus. terkejut gak sebab ada lagi yang kosong. mungkin ramai gak yang style walk in je kot. heheheh. dalam kul 6 aku dah sampai kat titiwangsa. jalan takde la jam sangat kat menara tm ke sana via jalan kuching. jam sket je la. hehehehe

dah sampai awal kitaorang sempat jenjalan menikmati udara petang kat sini. memang still sama la restorang nelayan ngan area surrounding dia kalau compared dengan masa aku kecik2 dulu. takde yang berubah. logo still sama. area tasik still warna hijau dan horror. still busuk gak la air tasik tuh kan. hehehehe

malas la nak cerita panjang korang tengok je lar gambar2 di bawah.

memang kena pergi berbuka kat sana lagi neh nanti. overall memang puas hati. semua seafood for steamboat fresh2 belaka. lai chee kang pun best ya amat. heheeheheheh

ha kat bawah ni aku ada letak googlearth map sekali kat mana restoran nelayan titiwangsa tuh. senang jer dowh! drive along jalan tun razak then masuk kiri depan istana budaya. cari eye on malaysia. kalau korang tak nampak aku tak tahu la nak cakap apa kan, drive masuk kanan. korang akan mengelilingi tasik aye on malaysia tuh. then dah ada signboard restoran nelayan titiwangsa. jalan dia sehala. so lepas nampak area go kart, or remote control car area, korang akan sure nampak restoran tu sebelah kanan. senang giler dowh! πŸ™‚

kalau nak image lagi besar, klik je lar kat googlearth bawah neh ok.



kat bawah ni depan restoran tu la. korang akan nampak buffet promo dia. memang murah la kan. boleh makan sesuka hati ngan rm30 tuh. aku amik chinese course ngan steamboat. bukannya nak makan chinese course sangat tapi nakkan steamboat tu adjer. hehehehehehe

sebelum kita masuk kat restoran tuh, kita jalan2 la keliling restoran ni okey. pusing2 tasik ok gak kan. hahahahaha. restoran ni terapung la kan. air dia busuk sket coz tak mengalir dengan bebasnya. air pun warna hijau. tu la sebab steamboat buat masa malam/dinner/buka puasa jer. heheheheeh


depan dia macam ada ala2 design bali tak menjadi je kan. apsal la warna oren plak dicatnyer pagar batu tuh, kalau biar natural ala2 bali sure lagi menarik kan. huhuhuhu

kat tasik tu plak ada jambatan. and then bawah jambatan tuh ada mende ni plak. cam banner2 terbuang je kan. siapalah yang buang kat dalam tasik neh kan. hampeh jer. nak kena sebat diaorang neh. kalau aku ada super power harus aku sumpah banner2 ni masuk balik kat rumah tuan tangan yang membuang ke dalam tasik. hehehhe


lepak kat bawah pokok ceri ni memang best la, dah la rendang je kan. kalau ada banyak masa sure aku dah melepak lagi lama kat bawah neh sambil makan lecka2. fuhhhhh sure terangkat la kan. macam kat taman tasik taiping pun ader gak. cuma tasik neh lagi besar gedebak la kan. huhuhuhu


ingat lagi masa kecik2 dulu menjulurkan kaki2 kat dalam air neh. memang nampak horror la. dah la warna dia gelap je kan. rasa macam akan ada raksasa je yang akan keluar dari tasik neh. memang menakutkan la. tu dulu. kini dah berani. ye la dah besar la katakan. korang berani ker?



aku suka la ngan sony ericsson aku neh. boleh amik gambar panorama sekali. cun gilos la tasik neh kalau amik pano kan. ye lar tasik pun saujana mata memandang kan. huhuhuhu enjoys la kawan2. hehehehehe



ada batang pokok kelapayang berhantu la dalam pano neh. cuba korang carik betul2. heheheheh ni la hasil pano yang kureng kan. anyway pakai hp jer. what da ya expect kan? hantam sajalah labbu!

ok dah habis jenjalan kat tasik, kita masuk je lah kat dalam restoran nelayan titiwangsa neh. seb baik dapat meja tepi, so privacy la sket kan. dia bagi tuala basah ala2 chinese restaurant tuh. ye la kan nama pun chinese course ngan steamboat.

dapat plak meja 704. orait la tu kan. πŸ™‚



kitaorang orde riced lemon tea. perghhhh nampak sedap la kaler dia. opsssss baru kul 1830hrs la. lambat lagi dowh nak berbuka neh kan, pegi amik makanan dulu pun ok gak neh πŸ™‚

dia dah start dah bendealah neh. berasap beb cam dukun jer kan. hahahahahaa

apa lagi tunggu. jom la kita belasah ketam ngan udang sesuka hati mak bapak kita kan. hahahaahah memang banyak siot udang ngan ketam tuh. ada sayur sket gak. yang lain ie mee ngan telur malas la nak amik. semua tuh bagi la orang lain makan. kitaorang nak belasah ketam ngan udang2 fresh neh adjer. hahahahahaha

ada gak bende2 ni ala2 yong tau foo. ada wantan gak. tapi wantan dia kureng sket sebab ada yang beku dan belum defroz lagi la. hampeh je kan. hahahahahaha crabstick jugak menjadi idaman meja haku. huhuhuu


adusssss lama lagi ke ni eh? macam dah tak sabar la nak masukkan semua ingredients dalam steamboat tuh. heheheheh x sabar2 la plaks. ahaks


kitaorang memang tak tamak kali neh. memang amik mana yang nak makan adjer. tak amik langsung nasi ngan chinese course yang lain. cukup la ngan steamboat neh kan. kalau lapar nanti boleh amik lagi. dah namanya pun buffet kan. huhuhuhuh

ni pemanis untuk pembuka selera. untuk memulakan aktiviti rasmi berbuka pada hari ini. ada kurma, ngan ntahapentah yangs ekeping tuh (kachang merah dalam dia) ngan ubi kayu manis giler babi. memang sedap gak la kan.

yahooooo pesta steamboat setitiwangsa sudah bermula! kita masukkan semua ramuan2 sekali gus. then tutup, then bukak, then tutup then ngap terus masuk mulut. ahahahahahaha memang best dowh. kuah sup dia pun just nice jer. memang kena la ngan ketam ngan udang2 fresh giler tuh.

memang recommended la untuk sesaper yang malas nak masak cam gua neh kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.