Category Archives: Kuala Lumpur

bubur lambuk pakatan tnb for free

hari neh entah camner tengah syok2 buat kerja dalam kul 4 pm, tetiba ada plak orang yang mengedarkan bubur lambuk kat meja aku. owh hari neh pakatan tnb buat bubur lambuk la plak. camner la aku boleh lupa kan. hehehhe last year takde pun, tetiba tahun neh ada plak bubur lambuk percuma. heheheheeh rembat je lar kan.

kat menara tm neh, kalau sesaper yang nak bubur lambuk free bolehlah solat zuhur kat surau menara tm. bubur lambuk percuma akan diedarkan setelah selesai solat zuhur.

tepung pelita @ bazaar ramadhan taman melawati

ni aku nak bagitau satu rahsia. kalau nak kueh tepung pelita yang paling best in town. singgahlah ke bazaar ramadhan taman melawati. ada satu gerai kat bazaar neh, manned by makcik2 memang jual tepung pelita semata2. memang specialize giler beb! no wonder memang sedap. berpapan aku tengok kueh ni lenyap begitu sahaja di tangan2 orang2 yang berpuasa kat bazaar ramadhan taman melawati neh. hehehhe


aku sempat la jugak singgah beli ayam golek kat brader neh. sepatutnya aku melantak ayam golek kat pantai dalam. tapi jauh sangat la. so last resort, melantak ayam golek kat sini je la kan….heheheh not bad rasa dia. xde la sedap sangat. heheheeh

caramel pudding @ bazaar ramadhan taman melawati

kalau siapa2 jalan kat bazaar ramadhan kat taman melawati, mesti perasan yang ada satu gerai ni memang specialise buat caramel pudding. memang sedap giler pudding dia. gula hangus dia memang kaw2 siot. memang melt in the mouth la omputeh kata. kalau letak dalam peti ais then makan, lagi la sedap. so sapa2 nak merasa caramel pudding yang paling best in town bolehlah ke bazaar ramadhan taman melawati. hehehehhe

ni la jugak juadah berbuka masa 4 ramadhan 1428 hari tu.

memang sempoi je. heheheh x sempoi ke eh?




nasi ambang dalam kenangan?

korang pernah dengar perkataan nasi ambang atau nasi ambeng?

kalau kat johor memang fames giler nasi ambang neh. asalnya daripada jawa, kalau tak silap aku la kan. nasi ambang ni kalau kat johor boleh dimakan di dalam dulang semasa berbuka di masjid/surau. satu dulang dalam 4 orang makan. makanan ni kering je. ada nasi, tempe goreng, ayam goreng, sayur kacang, ikan bilis, ikan masin etc. semua bahan2 dia di masak kering dan kurang berkuah supaya senang nak bawa balik dan senang kalau makan dalam kapasiti 4 orang.

juadah berbuka 1 ramadhan 1428h

x sempat la plak nak uplad gambar juadah berbuka hari tu kan. ni ha gambar2 dia. more will come la kan. hahahahaha. simple je kali neh. malas nak beli banyak2 sebab sure la akan membazir. syaitan pun dah kena kurung kan.

so kalau membazir tuh, korang la syaitan nyer. hahahahaha.

i tell u lar kan. kalau singgah kat bazaar ramadhan kat malaysia neh, boleh buat satu entry khas pasal jalan2 carik makan.

aku rasa kalau ada journalist dan tukhang amik gambar yang bagus, sure boleh buat buku & sejarah pasal bazaar/pasar ramadhan kat malaysia neh.