jalan2 cari makan @ alor setar

received these via email. very interesting kan. heheheh lets JJCM!

Assalamualaikum.

Hujan-hujan begini, hati gundah, terasa majal… perut lapar!!!

Ketika pulang berhari raya tempoh hari, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan juadah-juadah ‘wajib’ setiap kali pulang ke Alor Setar — tak kiralah sama ada untuk sebarang perayaan, urusan kerja atau “teringat nak balik”.

APAM LENGGANG STESEN BAS LAMA

Jenis: Sarapan Pagi

Masa: 6.30am – 8.00am

Bajet: 50 sen sekeping (dengan telur)

Sebenarnya stesen bas lama di Jalan Langgar yang dimaksudkan bukan lagi menjadi sebuah stesen kerana keseluruhan terminal bas di Alor Setar telahpun dipindahkan ke kawasan Mergong sejak beberapa tahun sudah. Tapi uniknya restoran ini ialah kerana ia adalah antara tempat persinggahan rakan-rakan sekolah membeli sarapan bagi sebelum memasuki kawasan sekolah, apatah lagi lokasinya yang terletak bertentangan dengan stesen bas.

Ada dua jenis apam yang ada — biasa dan campur telur. Memandangkan orang agak ramai dan tenaga kerja yang membuatnya terhad (hanya seorang Achi dan anaknya) selalunya saya akan duduk, orde minuman dan meminta Achi tersebut “hantar saja bila dah siap”. Jadi apam-apam tersebut akan tiba di meja terus menerus hinggalah kita kata “berhenti”!!!

MEE ABU

Jenis: Makan Tengahari hingga Malam

Masa: 12.00pm hingga 10.00pm

Bajet: Antara RM4-RM6

Menurut sejarah, Kedai Mee Abu yang asal terletak di Jalan Telok Wanjah. Pada tahun 80an, satu lagi cawangan dibuka di Jalan Sultanah, berhampiran rumah saya. Secara umumnya, mee yang dijual di sini terbahagi pada dua jenis — mee basah dan goreng-gorengan.

Yang menjadikan rasa Mee Abu ini lain dari mana-mana mee mamak seantero Malaysia ialah resipi rahsia sos/kuah yang digunakan untuk menggoreng mee/meehoon/kuaytiau atau dimakan bersama mee yang direbus. Untuk saya, saya tidak menggemari mee basahnya sangat, tetapi meehoon goreng “taruh udang lebih” memang tak memuakkan selera. Cuma elakkan dari ke sana ketika waktu puncak (1.00pm-2.00pm dan 7.30pm-8.30pm) kerana mungkin memakan masa jika anda meminta hidangan yang ‘extra’ atau ‘lain’ sedikit (seperti memesan meehoon sedangkan 30 pengunjung yang lain memesan mee).

MAT CUCUR UDANG

Jenis: Minum Petang

Masa: 5.00pm-10.00pm

Bajet: RM4-RM5

Mat Cucur Udang memulakan bisnes sekitar 70an dengan membuka gerai di pasar-pasar malam sekitar Alor Setar. Jadi untuk mendapatkan cucur udang ini sebelum ini, anda perlu tahu di manakah tempat pasar malam dilangsungkan pada malam berkenaan. Namun kini mereka sudah memiliki gerai tetap di Taman PKNK yang dibuka setiap hari kecuali Selasa.

Cucur Udang beliau bukanlah cucur udang ‘kedekut udang’ atau sekadar ‘berperisa udang’ seperti yang terdapat di ibukota khasnya. Bila disebut ‘udang’ ia membawa maksud seketul udang besar yang digoreng rangup dalam tepung resipi khas dan kemudiannya dipotong kecil-kecil. Seperti juga Mee Abu, antara yang memberi ‘umphh’ ialah kedapatan kuah kacangnya yang memang tak terdapat di mana-mana. Mereka pernah membuka satu cawangan di Kajang tak lama dahulu namun khabarnya ‘tauke cawangan’ tersebut buat main-main hingga akhirnya ditutup.

Ahaaa… untuk mengetahui perbezaan antara pelanggan ‘season’ macam saya dah pelanggan ‘biasa’, dengar cara mereka mengorde. Jika pelanggan biasa, mereka akan memesan dalam bentuk “jumlah wang” yang berada di sekitar RM2 ke RM10. Misalnya jika anda memesan “RM2″ tentunya berat perut anda akan kurang berbanding mereka yang memesan RM5.

Namun bagi yang ‘season’ mereka akan memesan dalam bentuk nisbah udang:cucur bawang:tauhu. Contohnya saya gemar mengorde 10 udang:2 cucur bawang:1 tauhu sebab saya gemarkan yang berudang berbanding yang berbawang semata-mata. Jika anda mengorde seperti pelanggan biasa, penjual akan ‘melonggok’ kesemuanya secara rata. Jika anda tak minat makan tauhu, nasiblah…

NASI LEMAK ALI/NASI LEMAK ROYALE

Jenis: Makan Tengahari/Makan Malam

Masa: 12.00pm-2.00am

Bajet: RM5-RM10

Ingin saya nyatakan di sini bila orang Alor Setar menyebut ‘nasi lemak’, ia adalah bersamaan ‘nasi minyak’ bagi penduduk negeri lain di Malaysia. Ini kerana ‘nasi lemak’ di sebelah sini adalah berwarna kekuningan dan rasanya tak seperti mana-mana nasi lemak berwarna putih yang dijual dengan telur rebus, sambal ikan bilis dan kacang di tempat-tempat lain.

Arwah Pak Ali mula-mula membuka gerai ini di Restoran Bunga Tanjung di Seberang Perak, di kawasan kelahiran bekas PM kita dahulu. Bila perniagaan meningkat maju, beliau menyewa sebuah kedai di seberang jalan dari restoran asal dalam tahun 1980an, yang dikenali sebagai Restoran Haji Ali. Tapi satu-satunya makanan yang ada hanyalah Nasi Lemak Ali… jadi janganlah dengan macho anda memesan “roti canai” atau “tomyam ayam” jika ke sini.

Kisah-kisah mengenai Nasi Lemak Ali ni memang klasik dan ada antaranya dah jadi “urban legend”. Seorang pakcik saya dahulu yang pernah menjadi pengerusi sebuah bank di Malaysia sanggup menaiki pesawat dari KL pada jam 7.30pm, tiba di Alor Setar, tapau Nasi Lemak Ali dan lauk pauknya berbungkus-bungkus dan kemudian menaiki pesawat yang kemudiannya pulang ke KL. Hampir setiap minggu.

DYM Sultan Kedah juga dari masa ke semasa akan menghantar pengawalnya untuk membeli Nasi Lemak Ali untuk santapan keluarga. Dan bersedialah untuk berbaris untuk memesan makanan, yang mana barisannya mungkin terdiri dari 10 hingga 30 orang pada mana-mana masa, bergantung kepada hari.

Cara penjaga kaunter nasi mencedok kuah dan lauk merupakan satu ‘seni’ yang tersendiri. Secara peribadi, saya menggemari lauk hati ayam dan telur rebus dengan kuah campur. Simply divine! Ayam goreng pula digoreng ‘fresh’ di restoran tersebut juga.

Ketika berkunjung ke sini sewaktu pulang berhari raya tempoh hari, meja bersebelahan saya dipenuhi oleh satu keluarga yang mana bapanya begitu asyik menjamah makanan. Ketika mahu membayar di kaunter selepas itu, kebetulan mereka beratur di belakang saya. Isteri lelaki tersebut menegur isteri saya dan ringan mulut menceritakan; “Kami ni baru sampai dari KL. Masuk je Alor Setar, terus ke sini dulu…”.

Secara alternatif, anda juga boleh mendapatkan Nasi Lemak Royale yang mempunyai kira-kira 6 cawangan di sekitar Alor Setar.

Namun perlulah dinyatakan juga di sini bahawa kebanyakan “orang luar” yang makan Nasi Lemak Ali ni tidak begitu menggemari rasanya. Ada juga yang menyatakan Nasi Lemak Royale lebih sedap dari Nasi Lemak Ali dan sebaliknya. Pada saya, selagi masih ada kederat berulang-alik ke Alor Setar…. SEMUA SAYA SAPU!!!

Selamat menjamu selera malam ini!!!

Wassalam.

Comments

  1. Farouk says

    Saya Mohd Farouk. Anak sulung arwah Abu Salihu, pengasas Kedai mee abu….jsut nak ucapkan terima kasih terhadap komen anda. Nak tahu detail info, email saya di mohd.farouk@wdc.com

    KNizam Reply:

    farouk : hehe thanks for the email. nanti kalau saya nak ke sana saya email ya :)

  2. faizal says

    salam,
    nak tanya la mcm nak pegi ker d’selera tok nadoq restoran ni eh…

    KNizam Reply:

    faizal : alamak saya pun x pernah sampai lagi la. hehe :)

    izyani Reply:

    nk pi selera tok nadoq tu..
    ikut jalan p kola kedah. kalau dari simpang masjid aman, straight ja.
    sampai jumpa traffic light spg 3, kat traffic light tu belok kiri..
    straight yg agak jauh..anda akan nmpk restoren tu di sebelah kiri jalan..
    kalau anda tau, itu jalan nk p ke kangkong..
    boleh jugak p dari teluk bagan..
    mcm dekat sikit kalau ikut teluk bagan tu

    pada saya makan dia biasa2 ja. tomyam pon x terangkat mana..
    tp ambience dia kot..syioookk..
    kena ada time pondan2 karaoke..sungguh terhibur hehe

    KNizam Reply:

    izyani : thanks for the direction ya hehe :)

    texter Reply:

    restoran tok nadoq nih mmber aku pnya…now dh glar bez masakan dia…tambah2 kerabu sotong dia..terangkat beb…rs ja kt lidah bak kata mmber aku kt penang…hahha…brovo kirah…restoran u dh smpai ke tahap nih…huhuhu

    J3batDerhaka Reply:

    ha.. aku pon nk pi sana gak tapi tataw kt mana. bagi direction bleh? guna la google map atau wikimapia.

    tima kasih noo..

    J3batDerhaka Reply:

    ari tu ada masuk tv rancangan tu. tak silap aku mamat kumpulan cham tu yg pi.

    KNizam Reply:

    jebat : boleh dload ke rancangan tu eh ? hehe :)

    J3batDerhaka Reply:

    takde org upload la rancangan tu. kalau ada bleh la. rancangan warung kita. yg aku ingat restoran yg masuk, restoran tok nadoq, nasi ali ngan laksa telok kechai. zakariah punya kot.

    KNizam Reply:

    jebat : aku pun cari2 gak rancangan tuh kalau2 ada sapa2 nak upload kan. hehe :)

    J3batDerhaka Reply:

    aku bleh cuba usahakan tapi masalahnya, tataw episod bape, tarikh bila. kalau ada, bleh la gak aku cuba.

    KNizam Reply:

    jebat : aku lagi la tak tau hehe :)

    texter Reply:

    senang ja…
    kalo ko dr jln kola kedah…jmpa trafic lite simpang 3 ko kona kiri straight ja…time jln tuh ko akan nmpak petronas belah knan n tmn bsatu…straight lg smpai ko akan jmpa restoran tok nadoq belah kiri…kalu da pokok besar n cm utan2 sket tuh ..harr dia lahh tuh….kalu jmpa jgn lupa pekena kerabu sotong taw…hahahha

    KNizam Reply:

    txter : thanks nanti kalau balik malaysia nak cuba lah. hehe :)

    J3batDerhaka Reply:

    KNizam. Dh lama aku x join sini. Senyap jek. Hampir terlupa dah. Kalau nk add aku kt
    FB: rieza_5782@yahoo.com
    Twitter: J3batDerhaka

    KNizam Reply:

    jebat : dah add pun twitter tuh ya hehe :)

    KNizam Reply:

    texter : alamak dah lama la x pekena nasi kerabu. rindu wooooo hehe :)

    texter Reply:

    nsi kerabu kt spg kola pg jumaat sedap…kakak kelantan yg jual..menjilat jari nihhh…..hehehhe

    J3batDerhaka Reply:

    uih.. ye ke? kedai yg mana? nk beli kt mak aku. dia suka sangat nasi kerabu..

    KNizam Reply:

    jebat : hehe mesti sedap tuh kan hehe :)

    KNizam Reply:

    texter : perghhhh dgr pun dah mcm sedap giler neh hehe :)

  3. muna says

    hahaha,kami 1 famili gelak besaq baca reivew pasai nasi lemak Ali/Royale. Meleleh air lioq kat Dubai ni. mmg takdak yg setaranya, best in d world! kalau balik Astaq, lagi tak pekena,tak buleh duduk. mmg beratoq panjang,depa pusing 1 kedai.tambah ketaq lutut bila member yg paling depan orde sampai 10 bungkuih. tapi baguih jugak, dan bersembang dgn org depan belakang.arwah abah saya sanggup beli dan hantaq kat asrama. Bila dah study oversea, benda pertama dia bawa kat airport, nasi lemak royale yg baru perangat! pagi2 esok dia ulang p beli lg kat depan pekan rabu tu sampai sy surrender. Lauk mesti sotong yg ada teloq, kuah campoq2. Very loving memories! La ni husband & anak2 pun dah sama naik. So kalau u terjumpa ada org melayu gaya arab pesan 6 bungkuih nasi lemak lauk sotong teloq, kami ler tu…

    KNizam Reply:

    muna : hehe tu la kan. best wooooo makanan malaysia. hehe :)

  4. Bahagia says

    KNizam,saya ni bila sms dengan kawan-kawan kat KL terutama pada bulan puasa saya akan ceritakan tentang nasi lemak royal kuah campoq lauk sotong dengan daging hitam sampai member keluaq ayak liuq .Nasi ni wajib saya makan bila balik aloq staq tapi lani rasa dia sikit kureng berbanding masa depa niaga tumpang kedai gambag kat depan panggung royal dulu…Dulu tahun 70an masa saya sekolah kedai ni memang jadi pilihan selain kedai Hj Ali.Mee Abu sebelah sultanah Bahiyah dulu masa dia tumpang kedai
    Chia(Kedai kopi Cina) nama Chia dulu juga tempat kami lepak sbb sekolah saya syed omaq.Mee lani pun tak power macam dulu..tapi walaubagaimanapun saya tetap akui belum ada mee dan nasi sesedap mee abu dan nasi lemak royal yang saya jumpa ditempat lain..anak2 saya semua dah ingat dua tempat ini bila kami balik astaq.

    KNizam Reply:

    bahagia : wahhhhh best la plak mendengarnya kan. hehe. seb baik la saya kat overseas hehe :)

  5. J3batDerhaka says

    Nasi lemak ali dah tak sesedap dahulu. Nasi lemak ali skarang dihandle oleh orang lain. (tak pasti la keluarga dia gak ke atau org lain.) yang pasti, dah tak sesedap dulu.

    memula pegi tgh tahun lepas ingatkan hari tu je salah resepi. pegi lagi skali hujung tahun, pon x sedap dah. takkan salah resepi lagi kot?

    skarang kalau balik kedah, mesti pegi nasi lemak royale. tak pegi dah nasi lemak ali.

    KNizam Reply:

    jebat : wahhhhh dah kureng plak eh hehe :)

    J3batDerhaka Reply:

    betul bro.. wa tak tipu.

    KNizam Reply:

    jebat : wahhhh mmg kena check la ni ek hehe :)

  6. says

    saya rasa nk mkn kuey teow sedap kena kat KUEY TEOW IMAN, kat simpang taman pandan, otw nk p shahab perdana..kalau anda mai dari arah hospital la

    bertentang tu ada TAT NASI AYAM..sedap dan murah

    klu nk mkn stimbot, kat RAINFOREST, sebelah KMC dekat Kedah Club. boleh tahan best.

    KNizam Reply:

    izyani : wahhhh dah terlioqqq ni hehe :)

  7. m&family says

    kdai nsi lmak royale hjau kning mmg sdp. utk pngtahuan smua,kdai 2 adlah first nsi lmak ryale bka mlm. mla2 bka pd thun 2000(sy thun 6) smpai ler skrg dh 22thn.hehe. skrg byk cwgan tp hjau kning pling sdp.(kena g kul 8keats). xcye,korang leh try cwagan lain dgn hjau kning. hehe. spe sy? ada ler..tapi ini kbenaran.

    J3batDerhaka Reply:

    yeah.. rite!!

    KNizam Reply:

    jebat : heheheheehh :)

    KNizam Reply:

    family : thanks for the info tau :)

  8. m&family says

    sal mee abu 2,pess…mmg sdp ler.. dgn mmtabak dia plak…hehehe..
    mat ccur udng slalu gak sy bli..dlu slalu g psr mlm dkt star prade..kna tmbah plak udng..haha.. tp skrg xlehler sbb dok kt phang. klu blik kdah suma sy g. nsi lmak ryole wjid sbb 2 ler kdai ayh sy.hehe.so kna mkn.haha..

    KNizam Reply:

    family : lapar la plak tengok mee rebus hehe :)

  9. munie says

    salam..saudara..dulu je nasi lemak haji ali jual nasi lemak je..skrg ni dh ada mcm..tosai, roti canai, mkanan goreng2…mcm2 ada…

    KNizam Reply:

    munie : wahhhh dah bermacam2 ada lah kiranya ek. hehe :)

  10. tim says

    Nasi lemak haji ali is still the best for me ,nasi royal can’t beat them. For me Nasi lemak Royal curry is too sweet ,i bet its must cost them a few kilos of sugar every day.heheheh.

    Nasi lemak Haji Ali rice is more aromatic and the curry is super duper spicy and hot.

    For a true legendary nasi lemak I will go for Nasi Lemak Haji Ali.Can’t wait to be back next CNY.

    J3batDerhaka Reply:

    try the rice only. to me, royal is better then haji ali.

    but, different people have their own selera what. hehehe..

    KNizam Reply:

    jebat : wahhhh aku nak makan la bila balik msia nanti hehe :)

    J3batDerhaka Reply:

    kau kt mana sebenarnya ni nizam?

    btw, aku baru balik dari kedah minggu lepas. pekena nasi royale. fuhh.. best!! then aku nk makan laksa. pi la laksa kuala kedah. laksa zakariyah tutup. jadi aku pi laksa din. tak sedap. memang nyesal beli. aku tak berani cakap laksa zakariyah sama atau tak ngan laksa din. tapi aku akan try. so far, aku ada try laksa kt stadium darulaman. yg tu seriyes sedap.

    then aku ada rasa mee rebus abu kt LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH ngan mee goreng abu kt jalan telok wanjah. xde la sedap sangat pon. ok la kalau nk makan something yg tak heavy.

    tapi, ada something happened yg memang aku marah. ada metrojaya warehouse sale kt stadium sultan abd halim, sebelah mahkamah alor setar. quite cheap la harga barang2. up to 80%. wife aku beli handbag pierre cardin yg harga almost 3 ratus jadi 70 hengget je. waktu nk balik tu, saje la aku singgah kt gerai tepi pintu masuk dewan tu nk beli kacang kuda. harga 2 hengget tapi sampai kt umah aku bukak, kacangnya segenggam je. dah la sikit, tawar, ada yg hangit lak tu. aku ada amik gambar kacang tu dan makcik yg jualnya (kalau nk tgk, habaq mai). sakit ati tol la..

    kazen aku pegi pulak esoknya. dia nk beli gak kacang kuda tu tapi dia beli kedai yg lain la sebab takut jadi cam aku. waktu nk beli, dia picit la hujung bungkusan kacang tu takut kosong je. dia rasa penuh. bila sampai umah, bila dia bukak dia tgk org tu sumbat kertas nk kasi penuh.

    satu kes lagi, kt butik tudung ariana. butik ni baru bukak kt depan skolah teknik alor setar. dia tulis kt situ beli 1 percuma 1 harga RM85. salesgirl tu datang kt wife aku cakap, “akak beli 1, percuma satu kak, RM85 je. tapi kalau nk 1 pon bole. harganya RM42.50.” aku pon tanya balik, “mana yg freenya?”

    dia jawab,” kalau abg beli yg RM85 punya, percuma la satu.”

    aku punya la gelak depan dia. nape buduh sangat strategi dia tu?

    KNizam Reply:

    jebat : aku kat islamabad la. hehe :)

    J3batDerhaka Reply:

    ic.. keje sana ke? bila blk mesia?

    KNizam Reply:

    jebat : hehe lambat lagi la nak balik hehe :)

    KNizam Reply:

    tim : adoyai lapaer la plak nak makan nasi lemak ni hehe :)

  11. cik M says

    Cerita pasal mee Abu… teringat 6 tahun lalu masa mengandung pi Kedah sebab ada kerja kat Sg Petani. Tanya kawan-kawan, apa makanan yg sedap di Kedah. Maka ada yg rekomen mee Abu dan laksa teluk kechai. Nekad nak cari dua benda tu. Alkisah, sampai teluk kechai hati berkecai sebab kedai tutup hari tu dan tekak memang nak makan laksa tu gak laksa lain tak mau almaklum mengandung sulung (sampai la ni masih ingat laksa teluk kechai dan tak tahu bila akan sampai sana lagi) Mee Abu dapat jumpa itupun tanya sana sini kat tepi2 jalan, masa tu kena cari sampai dapat kalau tidak double hati berkecai hehehe.

    KNizam Reply:

    cik M : thanks for the info ya. terliur dah ni hehe :)

  12. zaini says

    skang ni bljaq kat sabah, gila rindu alorq staq.. mkn dah lar murah2 sedap yg amat!.. perberet ak lar mee abu, la nie dia ada dua tukang masak sa2 yg pakai speck (mamak) dan sa2 gi melayu, yang bes yg mamk tuu tapi smenjak dua menjak owner meninggai mmg rasa dah kurang lor.. sedey ak.. kalu sate, ak rcmmad sate mamat kat medan depan giant tu.. perghh terbaik lar. pa pown dok sabah nie mmg mknan dia kurang feel, sedey ak huhu.. kalu nak mkn goreng2 depata kta nasi goreng royal pown sedap gak, tpi smpi la nie ak x kedarah gie huhu.. kalu nak mkn beger, lantak la kat depan pknk, kedai shah raja beger atau gemilang (merata-rata ada) tapi ak suka shah gi hoho.. kat teman pknk depan kedai wah li.. pa pown aloq staq the bes!! pas balik kolej sah ak lepak cp mkn kat kedai suria kat food court (tpi la nie dia pndah bwh kat tmpat letak reta cp).. enjoice lar~

    KNizam Reply:

    zaini : perghhhh mee abu mmg terbaek ah kan hehe :)

  13. J3batDerhaka says

    nasi goreng royale ke, nasi lemak royale?

    KNizam Reply:

    jebat : nasi lemak royale kot hehe :)

  14. AuntieNa says

    Kalau sampai aloq setaq.. Cuba beli dadih dekat kedai Naina Mohd.. Sebelah sekokah bahiyah, jln sultanah. Mmg tak menyesai laaa..
    Selalu bila nk balik KL sure angkut banyak2.

    KNizam Reply:

    auntie : wahhhh mcm sedap je dadih tuh ek hehe :)

  15. Pak Malau says

    YANG SEDAP ..

    Laksa & Laksam – LAKSA HARUN JALAN DATUK KUMBAR
    Mee Bandung, Sup Tulang – WARUNG RASA MAYANG , Jalan Langgar
    Nasi Briayani – MANZOOR – Masjid India belakang Pos depan Balai Polis IPD

    Nasi Lemak – masih NASI ALI

  16. J3bat Derhaka says

    aarrgghhhh.. awat lambat habaq? aku baru balik dari kedah sabtu lepas. adoyai.. dah la banjir. takpa, laen kali aku balik aku pi. thanks pak malau..

  17. sue says

    salam…
    sy mmg pminat setia mee abu tp bukan mee abu yg saudara maksudkan…huhukkk
    sy ingatkan kat kedah ada 1 ja mee abu iaitu kat tempat sy d bedong..
    anyway sy nk try la kelazatan mee abu aloq staq, mana tau kot lg sedap dr mee abu bedong..
    k thanks ya..

    yg ikhlas,
    Sue

    J3bat Derhaka Reply:

    tapi sue, kt alor setar pon yg saya tau ada dua. kat jalan teluk wanjah satu, satu lagi kat jalan sultanah.

    KNizam Reply:

    sue : thanks for the info ya hehe :)

  18. juanatinta says

    jgn lupa lak…nasi kandar hj ramli dkt spg 4. puas hati……

    KNizam Reply:

    juana : perghhhh banyak la plak nasi kandar nak cuba lepas ni kan hehe :)

  19. Mohamad Mokhtar Zainal says

    Makanan di bandar Alor Setar semua sedap,kalau mai kat alor setaq ikan bakar direstoran rembia paling best gila …… mai la

  20. mohd norzi says

    makanan yg best la d aloq setaq..

    1-mee abu jln sultanah..jgn jln teluk wanjah (org lain punya tangan)
    2-laksa teluk kechai..jln kuala kedah
    3-laksa depan save cost jln gangsa..sampai hirup kuah
    4-nasi royal…bnyak cawangan,,tp semuanya best
    5-koeteaw…koeteaw iman jln sultanah
    6-bihun sup siam..tmn PKNK..n taman nuri
    7-roti canai..kul 4-12mlm..jalan dato kumbar..
    8-nasi ayam..stadium darulaman..(No.15) hr jumaat n sabtu cuti..
    9-breakfast-kopitiam station bus baru..bnyk menu
    10-nasi tomato-nasi Lan dkt depan pacific (peruda)..pagi jerr..
    11-bihun sup + abc (soft sgt) dkt simpang 4..bersebelahan balai polis
    12-steak n chicken chop ..simpang 4 gak..mlm jerr buka..bertentangan dgn bus stop..
    13-

Leave a Reply