Tomyam Pedas Ya Amat, Longan Best Giler, Udang Secipot Je, Ketam Masak Lada Hitam, ABC Special Best Dowh & Air Kelapa Payung Ala2 Hawaii @ Eden Seafood, Feringghi Beach, Penang !

hehe hari tuh aku sempat pergi penang

memang jalan2 sokmo beb ! haha

sempat la tengok orang naik para-sailing kat feringghi beach kan. hehe

lepas tengok para-sailing, perut pun dah lapar

so apa lagi kenalah carik kedai makan kan. hehe

aku tengok sebelah hotel aku neh ada kedai seafood lah !

dulu x sempat nak singgah sebab tak banyak masa

masa tuh datang feringghi beach neh pun sebab nak beli dvd pastu balik hotel kat minden. hehe

okaylah mari kita bercerita sambil tengok gambar kan. hehe

kat atas tuh adik aku tengah menghirup air carrot

takde susu beb ! hah salah order ke haper ek !

hehe surelah rasa mcm ala2 masin sket kan sebab takde susu carrot tuh

yang ada payung ala2 percutian kat hawaii (hawau lu!) tuh air aku la. hehe

fuh pemandangan masa tengah makan starter

sambil mengadap sunset kat feringghi beach

priceless !

lagi priceless kalau lepas tuh tak tinggal solat maghrib kan ! haha

tepay 7.45pm aku balik nak solat beb ! haha

ni la dia air kelapa

memang sejuk banget dong

tapi segar je lah kan. tetiba aku suka plak dengan air kelapa. haha

kat kl tak nak la plak minum air kelapa yang berlambak neh

sekali sampai penang baru nak merasa kan. hehe

siap ada payung sekali. tsunami je takde ! haha

ni la dia air carrot yang aku dok membebel tadi

adik aku cakap sedap

aku rasa cam hampeh je. sebab takde susu. haha

tapi memang cool la kan. ye la ada ice beb ! haha

sambil minum2 kitaorang mengunyah kacang yang diaorang bagi. haha

selamba la bagi kacang as starter

tapi best gak woooo ngunyah kacang tuh.

hehe gambar kacang terlupa la nak amik dek kerana sedap sangat kan. hehe

ni la udang yang seciput je

hehe seb baik la main course bukan ni

ni mcm ala2 side dishes je ni. haha

main dish ialah ketam masak lada hitam yang best giler ah

tapi aku bagi gred A- la pada design udang neh

memang cun la design tuh. hehe

ni plak tomyam

nampak mcm simple je kan

memanglah simple sebab semua ingredients dah habes kena makan

memang sedap tomyam neh

ala2 tomyam kung kat secret recipe

tapi yang ni mmg lagi sedap

mungkin sebab masak sikit2 kot. hehe

ni la pemandangan dalam kedai makan neh waktu malam

nampak lengang je kan. hehe sebab awal lagi neh

dalam kul 2000hrs nanti surelah ramai orang kan. hehe

seb baik aku makan awal. kalau tak maunyer kena reserve meja dulu nanti

ni plak longan yang aku cakap tadi

nampak mcm longan beli dalam tin

tapi rasa dia sedap la

mungkin sebab dia masak balik dengan gula merah kot

memang sedap banget dong ! gua tak tipu bro ! haha

hehe cap sime darby dapat masa hunt pun ada sekali nak enter frame dalam pic ni

tu la dia payung2 ala2 hawaii kat dalam air kelapa aku

hehe best woooooooo hirup air kelapa muda neh

rasa muda selalu gitu ! haha

adik aku kepingin nak makan abc special neh

aku sound suruh order je lah kan

hehe aku dah makan longan so malas la nak order abc neh

perghhhh aku cuba abc neh memang sedap siot.

cukup segal rasanya. haha

korang perasan tak satu benda

takde gambar ketam !

haha sebab apa takde gambar ketam ?

sebab semua dah habis licin kitaorang balun dengan nasik putih. haha

so takdelah gambar ketam kat sini

sorrylah semua ya. ketam dah masuk dalam perut la tadi. huhu

lain kali je lah aku amik gamab ketam black pepper tu ya !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 responses to “Tomyam Pedas Ya Amat, Longan Best Giler, Udang Secipot Je, Ketam Masak Lada Hitam, ABC Special Best Dowh & Air Kelapa Payung Ala2 Hawaii @ Eden Seafood, Feringghi Beach, Penang !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.