La Ada Rupanya Food Blogger Conference Eh Kat Dunia Ni, Selamba La Tak Ajak MakanMalaya.com Kan Hehe !

tadi masa aku surfing2 buang masa kat internet

terperasan rupanya ada plak conference untuk food bloggers ek

selamba la tak ajak makanmalaya.com kan. hehe 🙂

cekidaut the vid below ok

lepas ni aku rasa aku nak buat blog review pasal kedai makan kat pakistan plak la

rasa mcm dah bersedia dah ni. hehe dah dekat 6 bulan aku kat sini ok hehe 🙂

Cara-Cara Nak Buat Cili Boh atau Sambal Goreng (Pedas) Untuk Disimpan Lama Di Dalam Peti Sejuk Untuk Kegunaan Menumis Di Masa Hadapan

perghhh lama giler ah aku tak update blog makan-makan malaya ni kan

gua busy giler2 ok. hengat korang je ke yang busy. hehe 🙂

ok lah semenjak aku dok kat perantauan ni kan, aku rasa mcm susah sangat nak beli cili boh

so sekarang aku nak tunjukkan korang cara2 nak buat cili boh or sambal goreng

ini untuk mass produce dan disimpan lama di dalam freezer utk kegunaan menumis di masa hadapan

cara dia memang senang la sangat. just perlu adakan bahan utamanya iaitu cili kering sahaja

Ayam Goreng Kicap Kulit Kayu Manis & Ketam Karachi Goreng Cili Yang Pedas

semenjak aku ada cook, memanjang makan masakan western adjer kan

ye lah manalah cook aku neh tahu masak2 masakan malaysia

masa aku amik dia mula2 dulu pun dia dah bagitau dia tahu masak masakan western adjer

kalau pakistani food pun dia mahir gak masak. cuma aku belum suruh dia masak pakistani food lagi la kan

weekend neh sementara aku ada masa nak ajar dia sket cara2 nak masak masakan malaysia kan

manalah tahu nanti dia boleh masak, aku gak yang senang. hhehe 🙂

Ikan Trout Northern Pakistan Masak Asam (Singgang/Pindang Sket2) Dengan Lobak & Sawi

tu dia setelah berminggu aku tak masak

tetiba mood nak masak kembali la. hehe terus la pergi ke rana market seafood centre

sekali nampak ikan trout, tak pernah aku nampak lagi ikan trout neh ok

neh ada chance kena beli neh. surelah baru sampai neh kan. hehe 🙂

nak masak apa eh ?

haha fikir punya fikir settle ngan masak asam pindang/singgang sket2 je la

main campak2 je beb. dah la asam keping ngan kunyit hidup takde kat islamabad kan

so aku guna serbuk kunyit sket2 adjer. yg lain2 tuh ramuan biasa2 la ok

Ice Blended Coco Loco, Strawberry Cheese Cake, KitKat Choco Cake, Sandwich Tak Sedap, Muffin So-So & Apple Pie Rangup at Gloria Jeans Cafe, Kohsar Market F6, Islamabad

kat area islamabad ni berlambak kedai kopi sebenarnya

tapi kedai kopi yang ala international tu ada satu je la

the one and only gloria jeans coffee kat kohsar market F6

ni je la satu2nya tempat aku nak melepas rindu kalau nak belasah ice blended coffee yang best

aku mmg suka gloria jeans sedari dulu lagi

cuma ice blended yg ada kat malaysia tuh xde la plak kat sini

apa-apa pun layan je la gloria jeans ice blended coco loco neh kan

aku dah terbeli sandwich tuh la plak